Ikuti Blog ini

2011 : Masa Untuk Berubah

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat organnya berhimpun pada 13hb November 2010 di Auditorium MBSA untuk menyertai Seminar "PAS Sedia Ganti UMNO".

2. Selain untuk menyatakan kesediaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan negara , ia juga adalah suatu gambaran jelas bahawa kini PAS begitu optimis untuk memenangi pilihanraya umum akan datang bersama gandingan rakan - rakan parti dalam Pakatan Rakyat

3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih awal meletakkan tahun 2011 [ jangkaan pilihanraya umum ] sebagai Masa Untuk Berubah .

4. Perubahan yang dimaksudkan ialah pada 2 kategori utama .


Pertama : Perubahan Dalaman
Kedua : Perubahan Luaran .

Perubahan Dalaman .

5. Dato' Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menegaskan bahawa "PAS mesti menang dengan kekuatan sendiri tanpa mengharapkan kelemahan yang dialami oleh musuh" . Sementara kelemahan musuh hanya bonus dan ianya tidak boleh dijadikan asas strategik untuk PAS mencapai kemenangan dalam semua kerusi yang ditandingi oleh PAS disamping kerjasama politik yang telah dimeterai bersama rakan - rakan parti komponen Pakatan rakyat yang lain .

6. Terma "Kekuatan sendiri" ini perlu diberi perhatian oleh setiap organ parti khasnya pemuda. Saya melihat kekuatan sendiri yang dimaksudkan , selain merujuk kepada:

- kewujudan dan keaktifan cawangan - cawangan PAS diseluruh negara serta

- usaha gigih menguasai arus pendaftaran pengundi baru , juga
- memerlukan performance saf pemimpinnya di semua peringkat.

Pemimpin PAS perlu bergerak seiring dengan slogan [ PAS For All ] dan keperluan rakyat yang memerlukan pemimpin yang berwibawa serta mampu membimbing mereka keluar dari belenggu pemerintahan UMNO dan BN yang korup .

Tentunya pemimpin yang berupaya turun padang , menyantuni masyarakat dan menjuarai isu rakyat sangat diperlukan. Jangan hanya mengharapkan Presiden atau pimpinan tertinggi untuk berbuat demikian tetapi selain mereka , seluruh saf pimpinan disemua peringkat seperti pimpinan dewan - dewan diperingkat pusat , negeri dan kawasan , pimpinan diperingkat perhubungan negeri , kawasan , DUN dan cawangan juga dikehendaki pro aktif dan kreatif dalam membawa risalah perjuangan ini .

Perubahan Luaran [ nak jatuhkan UMNO jangan ikut cara hidup UMNO ]

7. Sementara perubahan luaran pula melibatkan penampilan , pendekatan dan gerakkerja parti. Saya percaya setiap peringkat parti telah mempunyai plan tindakan strategik mereka masing - masing . Cuma apa yang saya nak tekankan di sini ialah budaya kerja dan sikap kita mendepani sasaran dakwah atau pengundi .

8. Kesediaan menggantikan UMNO adalah satu langkah yang sangat ditunggu - tunggu oleh masyarakat yang telah kehilangan daya sabar untuk terus bertahan di bawah kepimpinan UMNO dan BN . Namun begitu , PAS mesti insaf dan sedar bahawa , PAS sekali - kali tidak boleh mengamalkan cara hidup UMNO jika mahu menjatuhkan UMNO . Jika cara hidup UMNO selama inilah yang membuatkan rakyat menolak mereka , maka bagaimana kita pula boleh mengamalkan cara hidup UMNO dalam kehidupan kita .

9. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang kaya dengan akhlak dan disiplin .peribadi dan jamaahnya. Pertahankan kemuliaan tersebut tanpa perlu bersikap apologatik berdepan dengan perubahan iklim sosial hari ini .

10. Insyaallah 2011 adalah Masa Untuk Berubah . Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan roadshow ke seluruh negara untuk memberi penjelasan dan penegasan betapa PAS telah sedia menggantikan UMNO dan 2011 yang dijangka akan berlangsungnya pilihanraya umum adalah masa yang tepat untuk melakukan perubahan . Roadshow ini akan disempurnakan dalam tempoh 3 bulan ini [ Dec - Jan - Feb ] Ayuh , kita tinggalkan UMNO untuk kesejahteraan negara dan seluruh rakyatnya.

[Bergambar] Mamat Hantu Aibkan Bekas Permaisuri Agong?

Gambar bekas Permaisuri Agong tersebar di blog

SHAH ALAM –: Kecoh apabila tersebar gambar kontroversi membabitkan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Besar Selangor Siti Aishah Datuk Seri Abdul Rahman dengan bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas di sebuah laman blog.

Blog milik Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa mesra dan rentetan peristiwa ‘percintaan’ di antara mereka.

Uncle ketika dihubungi berkata, awal perkenalannya bermula sejak Januari lalu apabila Aishah dan keluarga mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

“Ya, saya akui memang pernah bercinta dengan dia (Aishah) selama dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun lalu.

“Namun, ia bukanlah cinta sebenar dan kerana itu dipanggil ‘cinta syyhh’ yang mempunyai maksud tersendiri,” katanya.

Menurutnya, hubungan berkenaan hanya diketahui ibu Aishah, Datin Seri Shamshina A Rahman, ahli kumpulan Seekers dan dirinya sahaja.

“Blog itu adalah milik saya yang dianggap seperti rumah untuk berbuat apa sahaja tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

“Semua gambar itu adalah daripada kamera Aishah sendiri yang sering dibawa ke mana sahaja sebagai peneman kerana dirinya akan dikurung oleh bapanya apabila pulang ke rumah.

Beliau berharap dengan tersebarnya gambar berkenaan Aishah dapat berkahwin dengan lelaki yang disukai tanpa disekat pihak tertentu.

“Pada bulan Jun lalu, saya menerima kiriman pesanan ringkas dan panggilan berbaur ugutan daripada bapanya supaya tidak mengganggu anaknya lagi.

“Kemudian saya memberitahunya supaya tidak lagi berhubung dan sejak daripada itu kami tidak lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya. -SH





sumber

Banjir bermakna RM masuk poket.

Tahukah anda saat manakah UMNO paling suka ? Mengapa?

Saat yang UMNO paling gembira dan berjoget sakan ialah dikala bencana berlaku seperti banjir, pilihanraya kecil (PRK) dan kehilangan kerajaan negeri.


Mengapa?


Jika banjir berlaku, itu bermakna "duit turun dari langit". Bayangkan UMNO Pusat datang membawa duit umpama Santa Claus memikul karung atau barangkali macam "Dajal" membawa bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan syarat menyokongnya.


Ingat! Duit bantuan itu bukan 100% rakyat atau penyokong akar umbinya dapat. Semestinya golongan bawahan sekadar dapat "sisa-sisa" sahaja. Bermula pemimpin atasan dapat elaun turun padang, kemudian juak-juaknya turut menghirup dengan lahapnya "RM".


Keadaan yang sama berlaku semasa PRK. Jika kerajaan negeri UMNO tumpas seperti di Terengganu 1999 maka berpuluh-puluh projek bernilai jutaan ringgit untuk penyokongnya untuk terus bernyawa.


Terkini, anda lihat semasa banjir di Kedah. Apabila TPMMuhyiddin menyelar Kerajaan Negeri, dalam masa yang sama penyokong UMNO berjoget sakan memasukkan RM dalam poket mereka hasil bantuan Kerajaan Pusat UMNO.


Boleh anda teka jika bantuan banjir untuk rakyat dari Kerajaan Pusat UMNO sebanyak RM500 satu keluarga, berapa banyakkah RM masuk dalam poket Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan JKKKP?

2 MB 2 Gambar 2 Persepsi






Tiada Halangan Jika Zaid Mahu Sertai PAS - Salahuddin

Tiada Halangan Jika Zaid Mahu Sertai PAS - Salahuddin

PETALING JAYA: PAS tiada halangan jika bekas Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai parti itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jika benar keputusan itu, ia seharusnya dihormati kerana dalam demokrasi mana-mana individu berhak untuk menyertai mana-mana parti.

“Bagaimanapun, sama ada diterima atau tidak beliau dalam parti bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.


“Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.

“Namun keputusan melibatkan semua dalam PAS dan perkara itu perlu diperbincangkan terlebih dahulu sebelum diputuskan lebih jelas dalam mesyuarat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Salahuddin berkata, banyak faktor dan pertimbangan perlu dilakukan melalui mesyuarat jawatankuasa kerana Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Zaid daripada PKR, sebelum itu daripada Umno. Banyak masalah dan kontroversi yang berlaku. Jadi pertimbangan sewajarnya perlu diutamakan.

“Jika dia mahu sertai PAS, itu hak dia. Tak ada masalah. Cuma sama ada lulus atau tidak untuk kita terima dia, itu belum pasti,” katanya.

Dalam pada itu, Umno pula tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut untuk menyertai semula dalam parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata Umno telah 'membuang' Zaid maka tidak perlu diambil semula.

“Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah,” katanya.

Zaid pada 8 November lalu menarik diri daripada merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Keputusan itu ekoran dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan itu turut berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada parti sebelum mengumumkan keluar parti. -mstar
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .