Ikuti Blog ini

Galas : Calon PAS ada kelebihan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita36/DSC_0195.JPGKUALA TERENGGANU – PAS yakin calon mereka mempunyai kelebihan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada pilihan raya umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli Mohamad di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran Umno itu.

“Pada pilihan raya umum lepas Dr Zulkefli mendapat 300 majoriti undi di kawasan Galas walaupun beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang kepada Tengku Razaleigh.

“Ini bermakna tidak mustahil untuk PAS menang di Galas pada pilihan raya kecil ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di sinii.

Abdul Hadi berkata bagaimanapun, PAS hanya meletakkan keyakinan 48 peratus peluang untuk menang pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat kanser usus pada 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Okt sebagai tarih penamaan calon manakala pengundian pada 4 November. – Bernama

Islam Batu Sapi dan Umno Galas bantah calon BN

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketika penyokong BN yang mewakili 60.1 peratus pengundi Bumiputra Islam di Batu Sapi membuat bantahan secara terbuka terhadap BN kerana memilih calon bukan di kalangan mereka, penyokong Umno di Galas memprotes dalam diam pemilihan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon di situ.

Di Sandakan, 500 ahli PBS dari bahagian Sekong membantah pencalonan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bakas anggota Parlimen, sebagai calon BN di Batu Sapi.

Mereka datang dengan beberapa buah bas yang penuh dengan bendera dan banner mendesak agar calon di kalangan Bumiputra Islam dipilih sebagai calon. Ini kerana, Batu Sapi mempunyai 60.1 peratus pengundi di kalangan Bumiputra Islam.

Mereka mendakwa, mendiang Edmund tidak pernah memperdulikan mereka sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi pada tahun 2004 lalu.

"Bagaimana mungkin seorang perempuan pula mahu masuk ke kawasan kampung air kami kalau sebelum ini lelaki pun tidak menjenguh kami," kata salah seorang dari mereka yang membuat bantahan itu.

Terdapat 26,000 pengundi di Batu Sapi dengan pecahan pengundi Melayu 32 peratus, Cina 38 peratus India 0.5 peratus, Bumiputera Islam Sabah 26 peratus, Bumiputera Sarawak 0.5 peratus dan lain-lain 2.6 peratus.

Umno lawan Ku Li


Di Gua Musang, penentangan secara senyap mula berjalan di kalangan Umno Gua Musang yang semakin bimbang dengan beberapa tindakan penyokong Ku Li dari kalangan bekas Semangat 46 itu.

Bantahan ini dibuat ekoran pemilihan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof atau lebih dikenali dengan nama Aziz Limau (kerana berasal dari Limau Kasturi) sebagai calon BN.

Dalam pemilihan bahagian tahun lepas, bekas Ketua Bahagian Umno Saufi Deraman yang memberikan laluan kepada Ku Li untuk menjadi ketua bahagian selepas menyertai semula Umno, dikalahkan oleh orang kuat Ku Li dalam pertandingan merebut timbalan ketua bahagian.

Namun begitu, penyokong asal Umno ini kekal menguasai Wanita dan Pemuda Umno Bahagian. Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. Kedua-duanya penyokong Umno negeri dan pusat serta tidak bersama Ku Li.

Di samping kedua-duanya, ada 11 AJK Bahagian yang menjadi penyokong mereka. Pendek kata, terdapat garisan yang jelas dalam Umno Gua Musang antara penyokong Ku Li dan penyokong Umno.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih sebagai pengarah, orang dia juga jadi calon, " kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.

Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.

Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.

Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.

"Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan.

Dr Zul kalahkan Ku Li di Galas

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad (gambar) mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.

Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang.

Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus). -Hrkh

Bas Bawa Siswa UIAM Terbalik, 17 Cedera

Gua Musang: Seramai 17 daripada 41 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di sini, pagi semalam.

Semua pelajar yang cedera dalam kemalangan jam 1.45 pagi itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Seorang saksi, Razali Yusoff, 54, berkata kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan selepas menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan.

Razali dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang selepas mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur melihat bas itu dalam keadaan tidak terkawal sebelum terbalik di tepi jalan.

“Saya bersama rakan membantu mangsa keluar dari dan menghubungi balai bomba berhampiran kerana ramai yang terperangkap dalam bas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rosli Che Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi.

“Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa terbabit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian,” katanya. -BH

Foto ehsan Topeng Perak






Calon BN Hanya Lulusan SPM


calon BN


Penduduk Galas, bijaklah memilih pemimpin anda. Pastikan yang berpelajaran serta mementingkan agama. Pilihan terletak di tangan anda. Boleh lihat profil kedua-dua calon di bawah.

Biodata Calon PAS:
Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed
Umur : 44 Tahun
Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966
Nama Isteri : Zainab binti Jalar
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980
Kelayakan Akademik :
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.

Pengalaman Kerja :
  1. 1992 - Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
  2. 1993 - Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
  3. 1994 - Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
  4. 1996 - Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerjaya Politik :
  1. 2003 - 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
  2. 2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
  3. 2005 - 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  4. 2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
  5. 2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
  6. 2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  7. 2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7

Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.

Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan


Biodata Calon BN
Abdul Aziz Yusuf dilahirkan pada 16 Jun 1961 di Kg. Bertam Baru Gua Musang. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Roshana Hashim, beliau dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Dari segi latarbelakang pendidikan, Abdul Aziz memulakan pendidikan rendahnya di SK Bertam, Gua Musang. Pendidikan menengahnya di SMK Jerantut, Pahang dan kemudian masuk ke aliran teknik SMK Teknik Kuantan. Kelulusan tertinggi beliau adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.
Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.

UMNO Berdepan Dengan Cah Keting Di Galas

Hapuskan budaya ‘cah keting’, kata Khairy

GUA MUSANG — Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta agar budaya “cah keting” atau cantas-mencantas dihapuskan dan berharap ia tidak akan berlaku pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata budaya itu yang sering dikaitkan dengan Umno Kelantan, perlu dihapuskan segera kerana ia berupaya merosakkan imej parti dan Barisan Nasional (BN).

“Saya dapat jaminan daripada Ketua Pemuda Gua Musang Bazlan Baharuddin bahawa Pemuda akan sokong siapa sahaja calon mewakili BN untuk pilihan raya kali ini, dan tidak mahu budaya cah keting dipraktikkan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Projek Perumahan Rakyat di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari parti PAS, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, telah dinamakan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 Nov depan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Pemuda akan menggerakkan jenteranya dengan lebih aktif bagi menarik pengundi muda menyokong BN menerusi pendekatan isu tempatan, berbanding “serangan peribadi” terhadap calon pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata Pemuda akan sentiasa memantau ceramah parti lawan bagi mengenal pasti bentuk serangan peribadi terhadap calon BN, selain melihat sama ada janji mereka kepada rakyat di Kelantan telah ditunaikan atau tidak. — Bernama

Hanya beberapa jam calon BN untuk Galas diumumkan, Ketua Pemuda UMNO meminta supaya budaya “cah keting” atau cantas-mencantas dihapuskan dan berharap ia tidak akan berlaku pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ia seperti satu respons dari pemerhatian Khairy terhadap apa yang berlaku di Galas.

Apatah lagi "permintaan" itu dibuat secara terbuka. Maka dengan sendirinya orang semua sudah boleh membuat kesimpulan, memang sah cah keting berlaku di sana.

Bila melihat kepada calon BN yang dikemukakan untuk Galas, setiap orang termasuk dari kalangan UMNO bersetuju cah keting itu tak dapat dielakkan. -GB

 Umno peralat JHEOA kawal penempatan Orang Asal?

GUA MUSANG, 25 Okt: Umno kini hanya bergantung sepenuhnya kepada kaum Orang Asal bagi merealisasikan hasrat merampas Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Keadaan itu terbukti apabila Umno dikatakan memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bagi mengawal hampir kesemua perkampungan masyarakat terbabit yang terletak di pedalaman Gua Musang.

Penasihat Jentera Pilihan raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, perbuatan Umno memperalatkan JHEOA amat memalukan kerana ia berlaku pada kempen pilihan raya.

“Ini amat memalukan kerana sebelum ini JHEAO dikatakan hanya datang sekali sekala sahaja ke kawasan penempatan Orang Asal,” katanya ketika ditemui semasa mengikuti lawatan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed ke beberapa penempatan di Hau, 60 kilometer dari bandar Gua Musang, semalam.

Turut dilawati kampung rombongan calon PAS iaitu Galang, Gertas, Ladoi dan Eching. Ikut sama pada lawatan itu Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas, Abdul Fatah Haron.

Kelihatan juga di kawasan itu pos tentera lengkap dengan kenderaan termasuk trak.

Wan Abdul Rahim yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, hampir 20 pegawai dan kakitangan JHEOA difahamkan berada di Pos Hau sejak dua minggu lepas.

“Tindakan mereka tersebut kemungkinan untuk mengumpul dan menjalankan kempen bagi menawan hati Orang Asal.

“Ini satu tindakan yang boleh menghina masyarakat tersebut kerana sebelum ini seorang pemimpin masyarakat Orang Asal di kawasan tersebut, Pandak Panjang meminta semua parti politik tidak menjadikan penempatan mereka sebagai medan pertembungan parti yang bertanding.

“Namun apa yang kita lihat hari ini kesemua rumah penduduk di situ telah dipasang dua bendera iaitu bendera BN dan Umno. Ini menunjukkan mereka tidak mengendahkan larangan tersebut,” ujar beliau kesal.

Beliau juga berkata kedatangan rombongan PAS hanya sekadar untuk memperkenalkan calon dan bertanya khabar serta tidak membawa sehelai pun bendera parti atau risalah kempen.

Katanya, PAS akur dengan hasrat masyarakat Orang Asal di kawasan tersebut supaya tidak diperalatkan oleh mana-mana parti politik.

Mengenai penyalahgunaan kuasa oleh BN dalam siri kempen di Galas, Wan Abdul Rahim berkata ia satu penyelewengan yang sering berlaku di mana-mana sahaja pilihanraya kecil diadakan.

“Mereka bukan sahaja menggunakan jentera kerajaan, malah pelbagai lagi penyelewengan seperti perbelanjaan dan khidmat kakitangan jabatan semata-mata untuk kepentingan Umno.

“Saya tidak terkejut dengan penggunaan jentera kerajaan oleh BN kerana sebelum ini di Manek Urai di mana lebih 20 jabatan kerajaan persekutuan diperalatkan termasuk Jabatan Pembangunan Persekutan,” katanya.

Beliau juga menyelar tindakan segelintir pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan pusat tanpa segan silu sanggup membawa bendera Umno dan BN ditampal di rumah dan musalla di penempatan Orang Asal. -Hrkh

12 Ekspres Budaya Terbakar Malam Tadi, Kerugian RM6juta

12 Bas Ekspres Budaya Terbakar, Kerugian Dianggar RM6 Juta

KOTA BAHARU - Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, Sabtu malam.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. -- BERNAMA

Berita GALAS: Latar belakang pendidikan calon BN jauh lebih rendah - Muhyidin


BeritaGALAS5 -

Menara Warisan Merdeka Dijangka Cecah RM10 Bilion

lge5

SHAH ALAM 24 Okt - Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menjangkakan kos Menara Warisan Merdeka 100 tingkat bakal melebihi RM10 bilion berdasarkan kenaikan kos pembinaan istana baru yang melonjak melebihi 100 peratus daripada RM400 juta Ke RM935 juta.

Dalam ucapan perbahasan Bajet 2011 Jumaat lalu, beliau berkata ia adalah disebabkan perancangan dan anggaran awal yang tidak profesional berkemungkinan menyebabkan kosnya akan melebihi RM10 bilion.

"Ini menimbulkan keraguan, sama ada kerajaan Umno-Barisan Nasional benar-benar komited kepada apa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu ke arah negara berpendapatan tinggi atau pun melangkah ke belakang, menjalankan projek mega yang hanya memanfaatkan kroni tertentu sahaja.

"Kita harus belajar daripada pengalaman zaman silam zaman Firaun yang berjaya membina Piramid yang maha besar atas darah dan titik peluh rakyat yang diperas dengan begitu zalim sekali tetapi kini hanya tinggal Piramid sedangkan Firaun sudah lama berkubur," kata Guan Eng.

Katanya lagi, dalam usaha kerajaan untuk membantu rakyat, bajet yang dibentangkan itu seharusnya berusaha memulihkan pelaburan swasta agar menjadi jentera pembangunan ekonomi.

"Kejatuhan pelaburan luar negeri sebanyak 81 peratus pada tahun 2009 berbanding 2008 kepada RM1.4 bilion daripada RM7.3 bilion menimbulkan tanda tanya macam mana kerajaan akan berjaya menarik RM2.2 trillion dalam masa 10 tahun di mana 92 peratus akan datang daripada sektor swasta.

"Kita perlu melabur lebih banyak dalam Research & Development(R&D) yang kini hanya pada tahap 0.7 peratus Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) sedangkan yang disyorkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan negara maju ia adalah pada tahap 2.5 peratus KDNK.

"Saya bukan minta kita ikuti contoh Korea Selatan yang membelanjakan 4 peratus GDP pada R&D tetapi negara harus melipatgandakan perbelanjaan dalam R&D dan bukannya berbilion-bilion untuk membina bangunan 100 tingkat," ujar beliau.

Sebelum itu, di bawah Menteri Kerja Raya yang lama, Datuk Seri Samy Vellu berkata kos pembinaan Istana Negara baru adalah RM400 juta tetapi baru-baru ini Menteri Kerja Raya yang baru, Datuk Shaziman Abu Mansor dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, kosnya telah naik lebih sekali ganda kepada RM935 juta.

Oleh Fazli Othman
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .