Ikuti Blog ini

Siasat mengapa GMC lingkup di bawah Kickdeffela


Menjelang pilihan raya umum ke-12, Global Media Channel (GMC) diwujudkan lengkap dengan pasukan petugas media bagi menjawab isu semasa yang dibangkitkan pemimpin Umno.

Namun syarikat itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri dan PAS Kelantan.

GMC lengkap dengan bilik sidang media dan peralatan audio visual yang canggih. Pejabatnya menumpang di bahagian bawah bangunan tiga tingkat milik sebuah yayasan.

Ketika itu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdeffela diberi amanah mengetuai GMC.

Menurut sumber, Azidi diberi tanggungjawab mengendalikan GMC kerana dikata orang ada kepakaran dalam bidang berkaitan.

”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.

”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.

Sebuah akhbar hari ini memetik blog milik Azidi yang mendakwa beliau menerima RM4 juta bagi melemahkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri dan memperkuatkan PAS Kelantan.

Sumber itu berkata, sepatutnya satu siasatan dilakukan kerana amanah yang diberi untuk mengurus GMC akhirnya lingkup di tengah jalan.

Ditanya mengenai dakwaan sebanyak RM4 juta diberi pihak tertentu kepada Azidi, katanya, hanya dia yang sahaja tahu kedudukan sebenar sama ada betul atau sebaliknya.

Mengenai dakwaan Azidi mengatakan dia banyak membantu PAS mempertahankan Kelantan pada pilihan raya tersebut kata sumber terbabit, tidak ada asas untuk menyokong kenyataan itu.

Katanya, rata-rata pemimpin PAS di Kelantan pun tidak tahu kewujudan GMC ketika itu sehingga dikatakan Azidi kononnya memainkan peranan untuk melemahkan kepimpinan Pak Lah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataannya sebelum ini yang mencabar penulis blog Kickdefella membuat laporan polis berhubung tuduhannya terhadap kerajaan negeri dan PAS tidak ada kaitan dengan jawatannya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Suka saya memaklumkan kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat laporan polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kelantan dan tiada kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar,” ujarnya- Hrkh.

Jawapan Musa Hassan Dedahkan Keangkuhan Polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 15 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata... senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini. -mk


Prosedur menembak perlu diperbetulkan. Di dalam kes yang menimpa adik Aminulrayid Amzah dan Norizan Salleh, jelas menunjukkan bahawa polis telah melepaskan tembakan secara wewenangan TANPA benar-benar pasti mereka adalah penjenayah.

Ada banyak kaedah lain yang boleh digunakan. Mengapa polis tidak menembak tayar kereta misalnya, tetapi terus menerus menembak figur manusia di dalam kenderaan?

Apakah modus operandi sedemikian dilakukan selama ini dengan kemudiannya mengisytiharkan simati adalah "penjenayah yang dikehendaki yang mempunyai rekod jenayah sekian-sekian banyak" untuk melepaskan polis daripada bertanggungjawab tanpa perlu membawa kes itu ke mahkamah lantaran mangsa sudah tiada lagi?


Masyarakat agak terperanjat dengan jawapan biadab Ketua Polis Negara seperti dilaporkan di atas. Ini kerana kamu-kamu polis dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan jenayah. Rakyat tidak menyatakan bahawa kamu-kamu tidak perlu lagi mengawal keselamatan tetapi yang rakyat inginkan ialah supaya polis berlaku benar dan professional di dalam menjalankan tugas kamu sebagai anggota polis.

Mungkinkah ini akibatnya dengan melantik orang yang berlagak sombong dan tak reti menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara?

Tan Sri Musa Hassan perlu menghormati suara rakyat dan kes ini telah dibawa dan disuarakan sehingga ke peringkat parlimen. Beliau juga perlu menghormati kabinet kerana kes ini juga telah pun dibawa ke kabinet.

Kabinet perlu tegas dengan menganggil Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Selangor yang telah membuat kenyataan memperlekehkan suara rakyat apabila mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melulu dan seolah-olah menunjukkan bahawa tiada yang lebih berkuasa di dalam negara selain polis.

KPI dan NKRA yang meletakkan sasaran supaya kadar jenayah dapat dikurangkan tidak menjadi prioriti PDRM dengan tidak mengendahkan lansung mutu kerja yang professional tetapi mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu kes iaitu TEMBAK MATI!-GB

Rakyat Pahang Paling Malang - Mat Sabu

Mengikut laporan Ketua audit negara, negeri-negeri yang di perintah oleh PR telah menunjukkan satu kecermelangan dalam prestasi pentadbiran mereka dengan mengurangkan perbelanjaan yang membazir dan berbalanja wang rakyat dengan penuh berhikmah.

“Yang paling malang ialah Rakyat negeri Pahang, Sebuah syarikat telah mengeluarkan saman kepada Menteri Besar, Datuk Adnan Yakob sejumlah 63 juta. Tapi dengan kecerdikan Adnan Yakob telah membawa masalah ini ke mesyuarat exco negeri, sehinggakan Majoriti exco bersetuju bahawa pihak kerajaan negeri sanggup dan akan membayar saman tersebut.”Jelas Mat Sabu

Siapa yang melakukan penyelewengan dan siapa pula yang dapat keuntungan dalam projek pembalakan di Pahang?? Tetapi apabila saman dikeluarkan oleh syarikat tertentu kepada seseorang individu, mengapa pula kerajaan negeri dengan wang Rakyat Pahang terpaksa membayar harga RM63 juta tersebut.

Paling malang lagi, Apabila tiada langsung bantahan dari rakyat Pahang terhadap tindakan kerajaan negeri .“Ini menunjukkan bahawa rakyat Pahang redho dengan apa yang dilakukan oleh MB Adnan Yakob, mana nak dapat rakyat baik dalam dunia seperti ini..??”Tanya beliau.

“Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, akan keluar lagi saman terhadap MB Pahang berjumlah RM 600 juta oleh syarikat tertentu dan sekali lagi rakyat Pahang yang akan terpaksa membayar saman tersebut bagi pihak MB yang mereka sayagi.”jelas beliau.

LovePerak

RESPON TERHADAP DAKWAAN BLOGGER KICKDEFELLA

Saya ingin merujuk kepada laporan tajuk utama di muka depan akhbar Utusan Malaysia 29 April 2010 yang memetik dakwaan terbaru blogger Kickdefella. Di antara isi kandungan laporan tersebut turut mengaitkan nama saya.

Suka saya memaklumkan bahawa kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat lapooran polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan di mana saya merupakan Ketua Penerangannya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebagai Setiausaha Akhbar.

Merujuk kepada dakwaan terbaru beliau, isu tersebut akan dibincangkan di peringkat pimpinan parti terlebih dahulu sebelum apa-apa respon dan ulasan dikeluarkan.

Bagaimanapun, suka saya ingatkan, jumlah RM4 juta yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf tersebut masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah RM77 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia untuk melanggan khidmat APCO. Ia masih belum termasuk penggunaan media massa eletronik dan cetak oleh kerajan Barisan Nasional untuk memburukkan imej kerajaan Kelantan semenjak 20 tahun yang lalu.

Sekian, wassalam.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 29 April 2010.

Tarik balik dakwaan terhadap Aminulrasyid



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyeru polis menarik balik dakwaan terhadap adik Amirulrasyid yang dilabelkan sebagai penjenayah. Beliau menziarahi ibu kepada Amirulrasyid, Norsiah Mohamad semalam.

Beliau mahu sebuah badan yang benar-benar bebas menjalankan siasatan terperinci.

Hasan Ali Report Polis Isu Guna Masjid Untuk Berpolitik



SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya berhubung tuduhan membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April lepas.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 3 petang.

Menurut Hasan, laporan itu juga dibuat bagi menjelaskan tuduhan yang beliau menjadikan masjid sebagai medan untuk berpolitik semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak benar.

"Tuduhan itu tidak benar dan saya juga tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Hassan, beliau juga ingin menjelaskan yang ketika itu beliau tidak tertinggal mana-mana rukun khutbah seperti yang dituduh.

Beliau berkata, selama 40 tahun beliau membaca khutbah tiada sebarang laporan dibuat mengenai perkara tersebut.

"Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berada di masjid tersebut juga telah mengesahkan saya tidak tertinggal sebarang rukun khutbah ketika itu," katanya.

Ada pihak mendakwa beliau telah tidak membaca salawat ke atas Nabi s.a.w. dalam khutbahnya. - BERNAMA

Khir Toyo Tiup Api Perkauman - Gerakan

Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya supaya Barisan Nasional (BN) menyemak semula dasar kerajaan terhadap kaum Cina di Selangor susulan pendirian kaum itu yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu dikritik.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Chang Ko Youn berkata, komen yang dikeluarkan Khir adalah tidak bertanggungjawab dan berunsur perkauman serta boleh menimbulkan salah faham orang-ramai.

Menurutnya, kenyataan tersebut seolah-olah mempersoalkan demokratik Malaysia iaitu bebas memilih dan membuat undian terhadap calon mana yang dikehendaki jelas sekali menentang konsep 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Khir bukan sahabat BN apabila cuba membangkitkan sentimen perkauman yang tidak baik untuk masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Tumpuan pengundi Cina di Hulu Selangor yang lebih berpihak kepada parti pembangkang tidak wajar dijadikan isu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Ko Youn berkata, semua pemimpin BN seharusnya membantu Perdana Menteri menjaga perbuatan dan kata-kata dalam menunaikan wawasan 1Malaysia kerana apa yang dinyatakan Khir boleh menjejaskan kredibiliti BN sebagai parti yang mewakili semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini adalah masa untuk kepimpinan BN bekerjasama sebagai satu pasukan memahami masalah kaum Cina sekali gus mendapatkan semula keyakinan dan sokongan mereka.

“Sikap menuding jari dan menuduh mana-mana parti atau komuniti hanya akan memburukkan keadaan yang langsung tidak membawa kebaikan kepada negara,” katanya.

Khir, dalam blognya mendakwa dasar Kerajaan Negeri di Selangor yang bergantung pada kuasa orang Cina perlu diberi perhatian dan dinilai kerajaan hari ini agar pengorbanan pengundi Melayu dan India dihargai.

Menurutnya yang merujuk kepada PRK Hulu Selangor, kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan Rakyat bukan bersandarkan isu pembangunan dan polisi sebaliknya ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini adalah DAP manakala Menteri Besar sekadar pembuat kenyataan bukan keputusan.

“Saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India,” katanya. -SH

Slogan 1Malaysia hanya satu fantasi, satu penipuan. Hakikatnya minda pemimpin-pemimpin UMNO masih terkepung dengan semangat nasionalisma sempit dan berpegang kepada konsep assabiyah yang hanya memperjuangan "keris"nya.

Islam telah lama kuburkan fahaman assabiyah yang kini bangkai assabiyah itu dipikul oleh UMNO. Perjuangan PERKASA dan tulisan Khir Toyo adalah manifestasi dari perjuangan kebangsaan sempit itu yang diberikan "endorsement" oleh pemimpin tertinggi UMNO BN.

Jadi, 1 Malaysia hanyalah satu utopia di dalam BN. Konsep itu hanya mampu "dilaksanakan" dengan sempurna oleh Pakatan Rakyat tanpa perlu berslogan kosong seperti yang dilakukan oleh UMNO. Slogan I Malaysia UMNO hanyalah satu replika kepada 1 Israel, tidak lebih dari itu. -GB

Lagi Anwar Diserang Lagi Ramai Sertai PKR

Kehadiran anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar dalam ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang lalu nampaknya tidak habis di situ.

Walaupun Tamrin yang juga bekas Exco Pemuda Umno tidak berceramah pada malam itu, namun ia sudah cukup membuatkan pemimpin Umno seperti cacaing kepanasan sehingga bersuara mempertikaikan kehadiran beliau.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rais Yatim suatu ketika dahulu pernah membakar jambatan dan enggan kembali kepada Umno dilaporkan kecewa dengan tindakan Tamrin yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat pada malam itu.

"Sikap Tamrin langsung tak mirip bekas Timbalan Presiden UMNO (Ghafar Baba) itu,” kata Rais Yatim.

Terdahulu, penyokong Pakatan Rakyat dikejutkan dengan kehadiran anak bekas Timbalan Presiden Umno itu, pada ceramah Pidato Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di Sungai Buaya pada malam 24 April lalu.

Thamrin Ghafar Baba merupakan bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan mantan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sementara itu, Tamrin ketika ditemu bual lidah rasmi PKR, Suara Keadilan baru-baru ini, mendakwa menyokong Pakatan Rakyat selepas melihat penyelewengan berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Berikut ialah sebahagian Pimpinan Barisan Nasional yang Keluar parti bersama ribuan penyokong masing-masing sejak setahun lalu (sekadar menyebut beberapa nama).

* Dr. Streram Sinnasamy yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
* Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29, Dan Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.
* Bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng
* Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.
* Timbalan Ketua Bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy. Tindakan itu seterusnya melumpuhkan PPP Negeri Sembilan (N9) kerana kekuatan PPP N9 terletak di Bahagian Teluk Kemang.
* Intelektual berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali Sebagai Kim Quek turut menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Berikut pula ialah bekas pemimpin Barisan Nasional yang bergelar menteri dan bertaraf pimpinan tertinggi yang berhijrah menyertai PKR setakat ini.

* Timbalan Ketua Wanita MCA merangkap Setiuasaha Parlimen dan Dr Tan Yee Kew
* Ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi serta Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong
* Ahli Parlimen Kota Bahru dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim
* Menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng
* Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam.
* Datuk Kalakau Untol, Timbalan Menteri Persekutuan merangkap bekas Senator negeri Sabah sehingga 2005.
* Bekas Ahli Parlimen Sungai Besi, Fan Seong Than yang juga adik kepada bekas Ahli Parlimen Kampar, Fan Yew Teng, menyertai PKR pada 24 April lalu.
* Fan Seong Than berkata, beliau menyertai PKR kerana beliau hilang keyakinan terhadap MCA dan pemimpin baru MCA, Chua Soi Lek yang memenangi jawatan Presiden parti itu baru-baru ini.

"MCA memilih seorang pemimpin (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) yang terang-terang dibuktikan terlibat dengan skandal seks.

Saya tidak ingin memberi komen kerana rakyat bukan bodoh, mereka boleh berfikir sendiri apa mungkin telah berlaku dalam MCA hinggakan boleh mendapat keputusan sebegini," kata Fan.

Kini Pakatan Rakyat menantikan keputusan keluar parti oleh mantan Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lim Ah Lek.

Lim dipercayai menangguhkan untuk keluar parti beberapa minggu lalu bagi mengelakkan BN terjejas dalam PRK di Hulu Selangor.

Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa Lim boleh memaafkan atau tidak membangkitkan sama sekali skandal sex DVD membabitkan Chua Soi Lek tetapi zaman internet tidak membenarkan masyarakat melupakan insiden itu dan ianya di luar kawalan.

Lim berpendapat reputasi MCA telah terjejas kerana mempunyai seorang presiden yang terbabit dalam skandal seperti itu. -erapakatan/GB

Patut la 'MAMAT KOTAK' pulun sakan dapat jadi senator rupanya.

KUALA LUMPUR 28 April – Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor adalah antara empat Senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Pagoh, Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi di sini hari ini.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan UMNO pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) turut mengesahkan pelantikannya itu. – Bernama

Kes Enjin Hilang : Jeneral, Empat Pegawai saman ATM RM5 juta

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/malaymailstolenpartsbac.jpgSeorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.
Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.


Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.


"Majlis tersebut telah meminta mereka memberikan keterangan untuk menjawab tuduhan salah laku dan kelalaian atas kecurian yang berlaku pada tahun 2007, mereka memberikan keterangan dan menafikan segala tuduhan tetapi kemudian mereka dipaksa bersara," kata Zalil.


Menurut Zalil, kelima-lima pegawai ATM menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta kerana mereka merasakan pemberhentian mereka membawa maksud tersirat, bahawa mereka telah menipu kerajaan

Kes saman tersebut akan didengar di mahkamah pada 21 April, katanya.

Kerajaan Malaysia menghadapi pelbagai kritikan dan tuduhan amalan rasuah selepas dua enjin F-5E jet Northrop dilaporkan dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007 dan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.


Kedua-dua enjin tersebut dikesan, dihantar ke Uruguay pada bulan Februari dan pihak berwajib berkata mereka sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke Malaysia


Beberapa Negara yang menghadapi sekatan senjata AS termasuk Iran, Sudan dan Venezuela, memiliki pesawat pejuang F-5 yang menggunakan enjin lama.

Jet pejuang tersebut terbang buat pertama kalinya pada tahun 1963 dan syarikat pengeluarnya Northrop telah menghentikan pengeluaran sejak tahun 1989. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .