Ikuti Blog ini

Respon Nik Aziz berhubung kenyataannya yang didakwa melampau



Tok Guru sedia bersemuka dengan Majlis Fatwa

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?

ATM: Penipu Akan Terus Menipu..!

Semalam, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamiditelah respon kepada isu Kor Perubatan Tentera yang di"UMNO"kan dalam siri kempen Pilihanraya Kacil N11.

Beliau menjelaskan bahawa program "jiwa murni" itu bukan bertujuan politik. siapa disini boleh yakin dan percaya tindakan Zahid itu sedangkan beliau sendiri menempatkan Kor Perubatan Tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

Kalau tidak dengan tujuan politik, apa tujuannya..? Kami mempunyai bukti bergambar "UMNO bohong 1Malaysia, khususnya para penduduk Permatang Pasir sendiri...

Pendedahan akan dibuat lagi terhadap Rohaizat

ImageKUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menurut beliau, pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.

"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.

"Saya bukan mengugut beliau tetapi saya sayangkan beliau sebagai anak muda yang sepatutnya menggilap masa depan sebelum masuk ke gelanggang untuk bertanding dalam pilihan raya," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil itu.

Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz juga mendedahkan bagaimana seorang wargatua menerima wang palsu dalam satu sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya.

Menyangkal tuduhan bahawa calon PAS bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man pernah menggelapkan wang RM600,000, Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu supaya supaya pihak yang menuduh membuat laporan polis dengan segera.

"Bawa segala bukti yang ada, bila, di mana dan berapa banyak wang digelapkan oleh Ustaz Salleh dan segera lapor kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau yang menyifatkan pihak yang menuduh itu tidak bertanggungjawab dan tidak ada kejantanan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar.

Mohamad pula memberi reaksi spontan, "Tuduhan tanpa bukti seperti itu menguntungkan kita. Bagus tu".

Beliau menggesa Umno agar mengemukakan lebih banyak lagi tuduhan tanpa bukti.

Dakwaan awal mengenai perkara itu dibuat dalam dua blog penyokong Umno.

Tuduhan itu dipercayai sebagai tindak balas kepada pendedahan bahawa calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman telah dibatalkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Rayuannya supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.

Yusri mengadakan sidang akhbar pagi ini menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Menurut beliau, pada tahun 2002, koperasi tersebut telah mendapat pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Ketika wang itu berada dalam akaun tersebut, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma tersebut untuk membiayai bayaran baki RM100,000.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Bagaimanapun, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat pula telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Menjawab dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, Yusri menyifatkannya satu pembohongan.

"Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut," kata beliau.

Program Padang Bersama Calon PAS N11

Petang hari lebih kurang jam 6:30 petang semalam berlangsung perlawanan persahabatan antara Kubang Semang FC menentang Pemuda Pakatan Rakyat & Bekas Pemain Negeri di Padang Bola Kubang Semang... tengok gambar sudah...
Siap sedia untuk sepak mula.
Bolos..! gol pertama dari Kubang Semang FC.
Cubaan yang dibuat oleh Pemuda PR gagal menembusi gawang gol Kubang Semang FC.
Ni main bola ke main selut..?
Debub..!
Hah... mai sapa nak bersilat... ini Tantawi tau..! jangan main-main..!
Team Power Rangers...
Ucapan ringkas dari calon PAS N11.
Antara yang hadir...
Bergambar kenangan.
Aksi terbaik dari calon PAS, Ustaz Salleh Man... Ur d man..!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .