Ikuti Blog ini

Ke London, bazir duit rakyat, hina negara sendiri.

Zambry Abdul Kadir mengumumkan beliau mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Rombongan berkenaan dimaklumkan telah berlepas ke London termasuk di dalamnya salah seorang ADUN Kudeta yang terlibat.

Saya dalam perjalanan balik ke Parit Buntar dari Mahhkamah Tinggi Kuala Lumpur berminat untuk mengulas perkara itu dalam beberapa sudut :-

1. Tindakan terdesak yang sedang dilakukan oleh ADUN Pangkor dan ADUN yang terlibat adalah untuk mempertahankan kerajaan haram yang diambil sejak 6 Feb yang lepas. Nampaknya dalam tempoh rampasan kuasa itu sehingga sekarang mereka telah mengkaji semua sudut perundangan yang ada bagi mempertahankan kedudukan haram itu. Bila sudah buat keputusan untuk ke London dan merujuk kepada peguam di sana bererti harapan kepada undang-undang yang ada di Malaysia sudah tidak ada lagi.

2. Tidakkah di Malaysia terdapat ribuan peguam dan ratusan hakim termasuk yang menjadi Ahli UMNO termasuklah Ketua Hakim Negara sendiri. Ternyata tidak ada satu sudut pun dapat menolong kerja jahat mereka.Sebeb itu mereka ke London.

3. Manakah semangat cintakan negara dan perlembagaaan dan sistem undang-undang yang kononnya dilaungkan selama ini. Atas prinsip Rukun Negara "Keluhuran Perlembagaan" tindakan Zambry dan kuncu-kuncunya adalah menghina sistem yang ada di Malaysia, mereka telah menghina sistem yang ada di negara sendiri.

4. Salah guna harta rakyat berlaku lagi, mereka ke London bukan dengan duit peribadi. Saya yakin puluhan ribu akan dibelanjakan untuk ini. Harta Rakyat nampaknya disalah guna untuk mempertahankan kerja jahat parti UMNO dan BN. Sepatutnya mereka pergi dengan duit parti bukanya duit rakyat.

5. Saya sangat bangga dan bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan kekuatan untuk kami memperjuangkan kebenaran ini. Doakan kemenangan yang pasti akan tiba.

Gempar!!! ADUN Paka hilang, Pusat Khidmat DUN ditutup?

 " Berita gempar bagi penduduk di DUN Paka, Terengganu...YB Paka telah lama menghilangkan diri dan tidak muncul-muncul di khalayak ramai! Bukan seminggu dua tapi dah berbulan-bulan lamanya!!!...

Penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi sekitar Pekan Paka sukar untuk menemui wakil rakyat mereka. Mereka sekarang bagaikan anak ayam kehilangan bapak!!!

Pusat khidmat DUN beliau juga sudah lama tidak 'berkhidmat' sebagaimana tiadanya sebarang perkhidmatan wakil rakyat di kawasan DUN Paka, Terengganu...

Kini, Pusat Khidmat DUN Paka telah 'dibuka semula' oleh AHLI PARLIMEN DUNGUN di satu lokasi baru! Mengapa ia boleh berlaku???

Misteri kehilangan YB Paka semakin sukar dijawab kerana Tugas dan Tanggungjawab ADUN berkenaan telah diambil-alih oleh Ahli Parlimen Dungun, YB Mathulidi, seterusnya berperanan sebagai Penyelaras DUN Paka... AHLI PARLIMEN TERPAKSA COVER DUN PAKA ... Mengapa???

Ke mana hilangnya YB Paka masih belum terjawab...Penulis sempat bertanyakan rakan-rakan dalam UMNO baru-baru ini, tetapi jawapan yang diberi ialah YB sedang berehat dan menenangkan fikiran beliau akibat kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian beberapa bulan yang lalu.

Beliau kini dipercayai menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan baru beliau - menternak ikan di satu lokasi di Dungun...
Tahniah diucapkan kerana berjaya dalam perniagaan, tetapi kenapa sampai melupakan Tugas Hakiki sebagai Wakil Rakyat??? Takkan merajuk sampai begitu sekali YB???

Bagi penulis, hanya satu sahaja pilihan yang ada kepada YB berkenaan, KOSONGKAN KERUSI DUN PAKA, berilah laluan kepada muka baru dalam UMNO untuk bertanding!

Penolakan ahli-ahli UMNO terhadap Wakil Rakyat mereka sendiri adalah BUKTI NYATA bahawa kepimpinan beliau tidak lagi diperlukan, dan berilah peluang kepada rakyat untuk memilih semula seorang wakil rakyat yang benar-benar boleh diterima oleh rakyat!!!

Kembalikan amanah yang diberi oleh rakyat, kepada rakyat untuk rakyat!!!

Lanyak Pakatan, Pengerusi SPRM terhutang budi pada PM

Rupanya Ketua Pengarah SPRM Membalas Jasa, Kerana Pejabat PM Selamatkan Anaknya

Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah “fitnah” atau “omongan kosong” semata-mata. Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan.


Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba “menyeludup secara haram bahan-bahan lucah kanak-kanak” ke Australia.


Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai “jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu” dan seterusnya berjaya “menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM” itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.


Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan “rasuah serta penyelewengan” yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.


Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap “double standard” yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya “ada rahsia di sebaliknya”, kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu “tidak bertanggungjawab” sama sekali. Malah rakyat mula “mual dan kecewa” dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.




BAI'AH IALAH BENTENG PAS CEGAH LOMPAT PARTI

"Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil" terang Ust Hadi.

''Bai'ah'' ialah berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya menipu, khianat, menyeleweng seseorang itu akan dilaknat oleh Allah s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

Melompat parti bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia.

PAS ada 'Baiah' elak lompat parti - Ustaz Hadi

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

ImageSambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi 'selesai' dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. "Beliau seharusnya berusaha untuk tanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

"Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, " Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.



Nasihat PM lucu : Dr. Mahadhir.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3wJIgBWHR1OwetmlNZ_XYnsWsvwC50WshaMsQd8FnXi_ZSN7U78RECUaymlt7dt8hzNzPXupkEdGNUuvuvNW0az2fiswAXnjfjGHWf_UXL3FmRx-X5yD5kXhOSG769KcA2Zz9XA7gKRE/s400/mahathir.jpg
Tindakan Abdullah Ahmad badawi mengarahkan Zambry membuat laporan polis kerana dikenakan tindakan gantung dari mengikuti mesyuarat Dewan bersama exco haram lain di tempelak oleh Dr. Mahadhir dalam blognya di bawah, kata Tun :-

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Haram BN supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.



AMK Bakal 'Hadiahkan' Seekor Lembu Pada SPRM

Hadiah seekor lembu buat SPRM

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan melakukan 'kunjungan hormat' ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menghadiahkan beliau seekor lembu sebagai lambang SPRM semakin tunduk kepada Umno-BN.

AMK mengecam keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bingkas mendakwa ia mempunyai bukti untuk mendakwa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim atas tuduhan salahguna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan tidak sampai dua minggu selepas kumpulan pro-Khir Toyo membuat aduan mengenai perkara itu.

SPRM bagaimanapun membisu mengenai beberapa kes rasuah politik membabitkan pemimpin UMNO seperti Khir Toyo dan Najib Razak.


Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman Ahmad Said jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa kerana Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan beliau juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah yang membabitkan penyelewengan kes pembelian Eurocopter; kes rasuah mantan MB Selangor Khir Toyo, laporan penyelewengan wang kerajaan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti didedahkan oleh Laporan Audit Negara.

SPRM juga tidak bertindak ke atas akuan bersumpah Ketua Bahagian keADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mengenai usaha Najib membeli Adun-adun di Perak.

"Kesemua laporan yang dikemukakan oleh AMK, kesemuanya 'dibakulsampahkan' oleh SPRM. Tindakan jijik ini pastinya tidak boleh menutup mata rakyat, dalam keadaan SPRM kini ibarat lembu dicucuk hidung oleh Umno-BN.

"Justeru, kita akan menggerakkan jentera AMK sepenuhnya untuk menerangkan kepada rakyat pencabulan kuasa dan hak yang dilakukan sewenangnya oleh Umno-BN melalui SPRM," katanya dalam satu kenyataannya.



MB Ir Nizar ! Engkau memang 'Hebat'

Belum pernah tercatat dalam sejarah khususnya di Perak seorang Menteri Besar keluar dari kediaman dengan penuh hormat dan langkah gagah. Saya tak sempat melihat keluarnya Allahyarham Ghazali Jawi, namun saya amat mengetahui bagaimana keluarnya Tajol Rosli. Saya juga mengetahui bagaimana keluarnya Ramli Ngah Talib dari kediaman rasmi.

Khabarnya Tajol Rosli keluar setelah menangis berhari hari. Khabarnya juge di bawa bersama kereta mercedes yang ingin di beli dengan harga simpati. Ramli pula dengarnya sampai bawa lari segala perabut berlori. Tajol yang masuk tak peduli kerana seronok dapat semua barang baru dan wangi.

Nah cuba lihat keluarnya DS Nizar hari ini. Siap buat kenduri lagi... berduyun wartawan menanti... siap berlari sampai depan pintu lagi... tak cukup dengan tu... ikut sampai rumah sewa D. Seri. Nasib baik dah tak bagi masuk... itupun ada yang curi curi. Di minta keluar pun buat selambe rock je...

DS Nizar secara rasmi meninggalkan kediaman Rasmi... ( dengornya kejap je...) sebab mahkamah nak suruh duduk balik... Beliau datang dari rakyat... perjuangannya bersama rakyat. Apa yang orang tak berani dan tak mampu buat, DS Nizar sanggup mendahului. Beliau adalah antara ibu bapa yang menyaman kerajaan kerana PPSMI.

Kini DS Nizar kembali bersama rakyat. Selama ini beliau terhalang oleh pagar residen yang memisahkannya dari jendela rakyat. Demi bersama rakyat DS Nizar lebih banyak bergelumang di luar sejak subuh hingga dinihari. Kerana cinta dan denyut nadi rakyat yang dirasai, pintu kediaman rasmi tak pernah dikunci untuk dikunjungi. Namun maklumlah sejak dulu kediaman itu adalah kawasan Larangan , rasa kekok dan malu rakyat barangkali masih tersisa di hati.

Kini DS Nizar terus bersama rakyat. Beliau meninggalkan kediaman rasmi bukan mengalah dengan kerajaan Haram Zamri namun menunjukkan akhlak dan tamadun yang tinggi, walaupun berdepan lanun dan perompak di siang hari.Kediaman akan menjadi pusat komuniti rakyat sehingga 27 Februari. Kemuncaknya ialah pada subuh 27 Februari, jam 3.30 pagi. Munajat Perdana akan berlangsung di sini.

Bagi yang belum pernah merasai angin di kediaman rasmi, ambillah peluang ini kerana percayalah!!!! Zamri tak mungkin membenarkan kediaman rasmi dicerobohi. Melainkan jika beliau malu dengan apa yang dibuat DS Nizar selama ini...( tapi puak ni bukan tahu malu) jenis hidung di punggung!

Selamat Berjuang bersama rakyat. Dari rakyat beliau datang, kepada rakyat beliau pulang, bersama rakyat beliau berjuang... namun JANGAN DILUPA DS NIZAR ADALAH MB YANG SAH DAN RASMI !


SPRM Alat UMNO Jatuhkan Pakatan Rakyat

SPRM di bawah Ketua Pesuruhjaya, Dato' Ahmad Said Hamdan perlu menjalankan siasatan secara telus dan adil terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, jika SPRM dapat menjalankan siasatan secara telus tanpa memihak pada mana-mana parti politik PAS akan sokong walaupun perkara itu kena kepada pimpinan parti.

Bagaimanapun, katanya, daripada penyiasatan yang dijalankan oleh SPRM seolah-olah institusi itu menjadi alat Umno-BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah naungan Khalid Ibrahim.

Sebelum ini kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat aduan tentang penyelewengan wang Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) tetapi tidak ada siasatan segera.

Beliau mempersoalkan mengapa jika perkara yang melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat SPRM boleh membuat penyiasatan dengan segera.

"SPRM seolah-olah tidak ada tindak balas dalam soal aduan berhubung penyelewengan wang Balkis," tegasnya ketika ditemui di program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat.

Tambah beliau, begitu juga dengan aduan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.

"Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan," tegas beliau.

Beliau menegaskan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan adil supaya institusi itu akan dihormati oleh seluruh rakyat.



Kerajaan BN Perak Dapatkan Panduan Peguam




PETALING JAYA [Terkini] - Menteri Besar HARAM Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (foto) dan enam Exconya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini. Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.


"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata satu sumber hari ini. Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan.


Ketika ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini.


[Anehnya dalam hal ini, ketika ingin merampas kuasa mereka terlupa pula untuk mendapatkan khidmat peguam diraja. Kini bila sudah tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab akibat tekanan yang ada, barulah terkial-kial untuk mendapatkan pandangan peguam terkemuka itu. Inilah masalah yang ada dalam UMNO sebenanrnya. Bukankah UMNO itu sendiri mempunya panel penasihat undang-undang dan peguam mereka sendiri?].




Saya Masih Menyimpan Watikah Yang Sah- MB Perak

mb-yang-sah2

Saya Masih Menyimpan Watikah Yang Sah- MB Perak

“Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya,” - Nizar.


Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi,”-nizar.


Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.”Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!- Nizar


Align Center

Hanya sedikit sahaja barang yang saya ada…


Terima kasih kami kepada Unit Amal
yang telah memberikan khidmat kepada kami.

Deretan kereta - kita lihat sejauh mana
patriotiknya Umno yang menjadikan mempersoalkan pembelian Camry

Kali ini kena pandu sendiri…
rumit sedikit cari lubang kunci..

Okay, kami pergi dulu…tetapi tunggu
tak lama lagi , kami akan kembali semula , insya’Allah!



Unit Amal, tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

Pasukan Unit Amal PAS telah terbukti keberkesanan amalan dan patuh mereka kepada setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pimpinan parti. Ini dibuktikan dengan kecemerlangan yang mereka pamerkan semasa kemelut politik melanda negeri Perak baru-baru ini.

Kejadian rampasan kuasa di Perak telah memberi pengalaman berharga serta membuka peluang keemasan kepada mereka untuk membuktikan kecemerlangan di dalam menjalankan tugas.

Baik siang mahupun malam, malah 24 jam mereka mengambil giliran menjaga dan mengawal bukan sahaja kediaman rasmi menteri besar Perak, MB serta keluarga, pimpinan Pakatan Rakyat malah orang ramai yang senantiasa mengunjungi kediaman tersebut.

Tiada wang ringgit yang dijanjikan malah mereka menggunakan perbelanjaan sendiri di dalam menyediakan pakaian seragam, kenderaan, makan minum serta masa yang dicurahkan tanpa rasa penat serta jemu demi menunaikan amanah yang telah diberikan.

Bukan sahaja pasukan unit amal tempatan sekitar Ipoh malah mereka yang datang daripada segenap pelusuk negara bagi membantu melancarkan tugasan yang ada.

Arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Sdr Salahuddin Ayub supaya setiap negeri menghantar pasukan unit amal mereka membantu telah disambut baik oleh semua.

Hanya berpegang kepada keyakinan serta janji Allah Taala bahawa balasan pahala kepada hambaNya yang beramal, mereka menjalankan setiap tugas dengan sempurna. Kekuatan ini amat dihormati oleh parti gabungan di dalam Pakatan Rakyat mahupun parti lawan.

Saya yang juga ahli Unit Amal (sebelum mengendalikan laman blog ini) begitu terharu akan pengorbanan dan kesetiaan yang mereka pamerkan sepanjang bertugas di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Satu tabik hormat dari saya buat semua petugas Unit Amal tak kira walau dimana pun anda berada. Teruskan usaha kalian demi perjuangan memartabatkan yang hak dan mematangkan demokrasi di negara kita.









Halalkah Gaji Zambry dan Para Exconya?

Sebelum ini dia gah dimana-mana, sebelum ini dia angkuh dengan berkata: "Saya MB lantikan Sultan Perak!"

Tiba-tiba beliau mendapati rakyat Perak tidak menerima pengakuannya itu. Di mana beliau pergi beliau tidak diakui oleh rakyat Perak sebagai MB.

Akhirnya beliau menyedari perlantikan dari Sultan semata-mata tidak semestinya beliau diterima oleh rakyat apatah lagi di dalam suasana di mana rakyat Perak kini rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa Datuk Seri Mohammad Nizar yang telah dianiaya dan dirampas kerajaannya melalui kaedah paling kotor dan hina.

Beliau terpaksa merayu rakyat Perak agar mengakui kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Ramai yang menjawab, "Zambry, anda Menteri Besar lantikan Sultan. Itu pengakuan anda sendiri. Anda bangga lantarannya. Justeru pergilah ke Istana Sultan untuk memerintahnya. Mengapa kini mengadu dan merayu kepada rakyat? Jika rakyat yang memilih anda anda boleh datang kepada kami dan kami akur dengan kerajaan anda. tetapi anda tidak dipilih oleh kami, rakyat tidak merestui kedudukan yang anda duduki sekarang iaitu sebagai MB."

Lagi rakyat berkata, "Zambry, dengar sini, yang membayar gaji anda sebagai MB dan sekalian exco-exco anda adalah wang rakyat. Hasil yang dipungut dari cukai rakyat, gaji anda tidak dibayar oleh Istana, tidak dibayar dari kocek Najib atau Pak Lah atau dari tabung UMNO. Justeru itu, apakah anda fikir rakyat yang tak merestukan kedudukan anda sebagai MB dan rakan-rakan anda sebagai exco itu akan sudah dan boleh menghalalkan semua yang anda terima?"

"Anda akan kepanasan. Anda akan boleh mendapat kedudukan. Anda boleh memperolehi pakaian MB. Tetapi di tangan rakyat terbanyaklah ketenangan dan keberkatan."

"Bawalah watikah anda, perbesarkanlah ia dan tampallah di dinding istana. Maklumkan kepada Tuanku, penghinaan apakah yang patik terima tuanku sehingga rakyat tidak menerima patik sebagai MB mereka?"

"Pohonlah kepada Tuanku untuk diadakan pilihanraya semula. Terimalah "kedaulatan rakyat" bukan "kedaulatan sultan" semata-mata. Imbangilah kedua-duanya. Barulah Perak aman sentosa."

Malah Sultan Azlan Shah sendiri ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980 pernah bertitah:

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .