Ikuti Blog ini

Karnival UKM kecoh

BANGI - Kemeriahan sambutan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, bertukar kecoh apabila sekumpulan kira-kira 200 pelajar bertindak melakukan demonstrasi menuntut pilihan raya kampus disegerakan selama hampir satu jam.

Kumpulan yang dianggotai Solidariti Mahasiswa Malaysia dan disertai oleh gabungan pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UKM itu pada mulanya hanya mahu menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, ia kemudiannya menjadi tidak terkawal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka bertemu lebih lama dengan Khaled sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka.

Keadaan kemudiannya bertambah gawat apabila kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan layanan pengawal keselamatan yang dianggap mereka sebagai 'kasar' menyebabkan hampir meletus pergaduhan.

Kekecohan itu kemudiannya memaksa campur tangan pihak polis mengawal keadaan tetapi kumpulan pelajar tersebut tetap tidak berganjak.



Presiden PAS rasmi Seminar Urustadbir Berasas siasah Syar'iyyah

SHAH ALAM, 18 Okt. :- Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan PAS dilahirkan pecahan dari UMNO, sebenarnya PAS lahir dari mata rantai perjuangan Islam untuk menengakkan syariat Allah. Demikian antara kandungan ucapan Perasmian Presiden PAS, YB. Dato. Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam Seminar Penglibatan PAS dalam Urustadbir Negeri-negeri Pakatan Rakyat berasaskan Siasah Syar'iyyah yang diadakan di sini hari ini.

"Perjuangan menentang penjajah yang diasaskan oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi dan tokoh lain dalam keadaan UMNO belum ditubuhkan" Tegas Presiden PAS.

Hadir sama Dato' Kamaruddin Jaafar, Ust Ahmad Awang dan Dato' Haron Din

Pada kesempatan itu Presiden PAS membentangkan Ucaptama bertajuk : "Perinsip-prinsip Syar'iah dan Amalan di Malaysia dan Pengalaman PAS".

Peserta seminar yang hadir dari seluruh negara.

Pengisian lain dalam program sehari itu membariskan Pembentangan kertas kerja 1 oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS , Dato' Mustaffa Ali berjudul " Pengalaman PAS dalam Barisan Nasional (1973-1978): Analisa Pencapaian PAS ". Kertas kerja ini di ulas oleh Dr. Kamaruzaman Yusof dan Ust. Wan Rahman Abdul Latif.

Bagi kertas kerja 2 bertajuk "Pengalaman PAS dalam Pentadbiran Kerajaan Kelantan 1990 hingga 2004 dibentang oleh YB. Dato' Hj. Abdul Halim Abdul Rahman.

Kertas kerja 3 pula dibentang oleh YB. Dato' Harun Taib berjudul "Siyasah Syar'iyyah Dalam Kerajaan pakatan Rakyat Kedah, Perak dan Selangor" dan pengulasnya ialah YAB Menteri Besar Kedah, Exco Kerajaan Perak, YB. Hj. Mohd Zainuddin, dan Exco Kerajaan Selangor, YB. Ir. Iskandar Abd. Samad
Seminar sehari yang dianjurkan oleh PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat melibatkan peserta dikalangan AJK Syura Ulama, AJK PAS Pusat, AJK Dewan-dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat Pusat, Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri PAS seluruh negara.

Pembentangan kertas Kerja 1 oleh Dato' Mustaffa Ali

Antara objektif program ialah untuk merintis jalan kepada mewujudkan satu garis panduan kepada anggota-anggota kerajaan daripada PAS terutamanya dalam konteks negeri-negeri Kedah, Perak dan Selangor.

Sessi penggulungan pula akan disempurnakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din dan akhirnya akan ditutup oleh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.




Khairy,Ahmad wajar ditahan bawah ISA - Pemuda MCA


KUALA LUMPUR, 18 Okt -Selepas mencadangkan agar satu slot Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) diwujudkan untuk diisi oleh MCA, semalam parti Umno yang menunjangi BN menerima tempelak besar apabila pimpinannya digesa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ungkapan pimpinan Umno ditahan di bawah ISA terpacul daripada mulut seorang perwakilan MCA sewaktu sedang membuat perbahasan dalam perhimpunan pemuda parti tersebut di Kuala Lumpur semalam.

Perwakilan dari Perak, Ting Tai Fong menggesa pihak berkuasa untuk menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah ISA kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

Beliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Dato' Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.

Dalam ucapannya,Ting membidas Khairy,berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Jelasnya, kenyataan menantu Perdana Menteri itu bukan sahaja dibiarkan oleh pimpinan Umno tetapi telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Dalam pada itu, portal Malaysiakini pula melaporkan, Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

"Jika kita mahu menggunakan ISA, gunakan ISA terhadap orang-orang ini terlebih dahulu...Saya juga percaya Khairy, pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini akan kalah teruk dalam pemilihan Umno yang akan datang," katanya sambil mendapat sorakan dan tepukan gemuruh para perwakilan.


Guan Eng: 'Tok Guru' berjiwa rakyat



MARANG, 18 Okt - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab. Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab.

"Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen.

"Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.

"Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.

"Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya.


Apabila Pak Menteri Masuk PAS....

Sejuk aje mata memandang.... kalau Pak2 Menteri nih masuk PAS...... Di doakan camtulah, sebaik-baiknya.







Aktivis Suaram ditahan bawah ISA


Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.

Menurut penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, aktivis badan hak asasi itu kemudian dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepas itu.

Cheng dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya.

Nyam berkata memberitahu, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan.

Kira-kira dua jam kemudian, tambah Nyam, beliau dimaklumkan bahawa Cheng ditahan polis malam ini bawah akta kontroversi tersebut.

Ketika berkumpul bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis di Pasir Gudang awal pagi semalam, Nyam berkata beliau dimaklumkan Cheng akan dibawa ke Johor Bahru pagi ini.

Tambahnya, beliau bersama sekumpulan aktivis akan ke sana mulai 9 pagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya penahanan Cheng.

Semalam, kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan di kawasan setinggan itu dibebaskan setelah berada di balai polis kira-kira lapan jam.

Mereka - termasuk ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah - dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya, tempat mereka ditahan, pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Mereka, termasuk tiga wanita, ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Beberapa ratus penduduk membantah usaha perobohan itu.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kawasan itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.

Kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang selepas perundingan dengan wakil penduduk setelah ia dimulakan kira-kira jam 10 pagi.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .